RUSILA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)."Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu di sini, hari ini.Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah beliau akan kekal sebagai calon Parlimen Marang atau mempunyai perancangan untuk bertanding di luar Terengganu pada PRU13. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu berkata, keputusan bertanding pada PRU13 bergantung sepenuhnya kepada keputusan parti, sama ada menetapkan beliau untuk kekal di Parlimen Marang atau bertanding di luar termasuk di Parlimen Pekan.
SETIAP KALI JELAJAH MERDEKA RAKYAT, PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR AKAN MELAUNGKAN ANWAR IBRAHIM LAH AKAN DITABAL SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA SEKIRANYA PAKATAN RAKYAT MENANG PRU KE 13.
MESTI ADA TERDETIK DI HATI PRESIDEN PAS PERASAAN CEMBURU TERHADAP LAUNGAN-LAUNGAN TERSEBUT. BERTAMBAH PUNAH RANAH HATINYA APABILA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS SENDIRI MENABALKAN ANWAR IBRAHIM BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7. ANWAR IBRAHIM BARU SAHAJA MENYERTAI PEMBANGKANG SEDANGKAN DIA SEJAK MENGENAL POLITIK PARTI PEMBANGKANGLAH TEMPAT MAKAN DAN TIDURNYA. SELAYAKNYA DIALAH YANG HARUS MENJADI CALON PERDANA MENTERI PAKATAN PEMBANGKANG.
DIA TAHU UNTUK MELAWAN KEKUATAN PERDANA MENTERI DI PARLIMEN PEKAN MEMANG DIA TIDAK MAMPU. WAIMA ANWAR IBRAHIM SENDIRIPUN TIDAK AKAN BERANI MENENTANG PM DI PARLIMEN PEKAN.
DIA SEDAR, PANGLIMA-PANGLIMA PAS TELAH 'DIBELI' OLEH ANWAR IBRAHIM. MAHU TIDAK MAHU DIA TERPAKSA AKUR BAHAWA DIA MEMANG TIADA KUASA LAGI. NAMA SAHAJA PRESIDEN TETAPI YANG MENENTUKAN KEPUTUSAN ADALAH BARUA-BARUA ANWAR.
HENDAK MELETAK JAWATAN, MARUAH HARUS DIPERTAHANKAN. LANGKAH YANG PALING RELEVAN MELAWAN ORANG NOMBOR SATU UMNO. MUNGKIN DIA MEMIKIRKAN LANGKAH INI LEBIH BERMARUAH.
0 komen:
Catat Ulasan