SHAH ALAM - Pemeriksaan selama tiga jam di Kompleks Mahkamah Shah Alam tidak menemui bom seperti didakwa.
Menurut sumber polis, pemeriksaan dibuat bermula jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 pagi berikutan panggilan telefon yang diterima kakitangan mahkamah itu menyatakan bom akan meletup secara berperingkat-peringkat pada jam 9, 10 dan 11 pagi.
Katanya, kakitangan mahkamah menerima panggilan bom palsu itu pada jam 8.15 pagi manakala polis menerima panggilan mengenainya pada jam 8.25 pagi.
Beliau berkata, polis kemudian mengarahkan bangunan mahkamah dikosongkan.
Selepas pemeriksaan dibuat oleh anggota unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Anjing Pengesan Bukit Aman, polis mendapati panggilan itu adalah panggilan palsu kerana tidak menemui bahan letupan seperti didakwa.
Menurut sumber, kejadian dikatakan punya kaitan dengan tindakan peguam, Kamaruddin Ahmad yang akan mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari ini untuk mendapatkan perintah pengistiharan membatalkan cadangan penjualan dan pemindahan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada Private Real Estate Company (PREC).
Lima asets yang bakal dijual oleh Kerajaan Selangor adalah Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Menara PKNS Petaling Jaya dan Wisma Yakin di Jalan Masjid India.
SIAPA BERKEPENTINGAN DALAM ISU INI ??
0 komen:
Catat Ulasan