728x90 AdSpace

­
Selangor
24 Jun 2015

Nasib Papa Jambu Duduk Dalam, Kalau Tak ....


Bahang kehangatan Pilihanraya Negeri Sarawak sudahpun bermula. 'Top Gun-Top Gun' DAP dari Semenanjung sudah mula berkeliaran di negeri Sarawak mencari tempat untuk ditandingi. Walaupun kesepakatan sebelum ini sudahpun ada berkaitan pembahagian kerusi DUN, DAP yang merasakan merekalah 'Yang Paling Berpengaruh' tidak mempedulikan kesepakatan tersebut. Mereka dengan sombongnya memijak-mijak kepala PKR dan PAS Sarawak dengan memasuki kawasan majoriti bumiputra yang diketahui merupakan kawasan sasaran PKR dan PAS.


Dengan menggunakan "Strategi Teluk Intan" dimana ketika PRK Teluk Intan, calon DAP Dyana Sofya diketengahkan yang mempunyai paras rupa dan penampilan yang "WOWWW", strategi yang sama akan digunakan pada PRN Sarawak yang akan datang. Pemuda dan pemudi anak tempatan bumiputa yang "menarik" akan ditampilkan sebagai calon DAP untuk digunakan sebagai tarikan pengundi terutamanya pengundi muda.


Terkini mereka memperkenalkan Paren ak Nyawi sebagai calon DAP N55 Katibas. Bermodalkan paras muka yang 'Jambu', Paren ak Nyawi diyakini mampu membawa perubahan di daerah Song yang selama dibawah Adun BN didakwa tiada perubahan dari segi pembangunan.

Tidaklah salah sekiranya DAP menggunakan calon bumiputra "ala-ala model" untuk dijadikan taruhan pada PRN Sarawak nanti. Cuma yang memuskilkan adakah calon bumiputra yang diperkenalkan nanti sedar yang mereka sebenarnya diperkudakan oleh DAP. Jika benar perjuangan DAP untuk mengangkat martabat kaum Dayak yang dikatakan "dianaktirikan" Barisan Nasional Sarawak, kenapa tidak dilantik sahaja Pengerusi DAP Sarawak dari kalangan kaum Dayak. 

## Untuk Barisan Nasional Sarawak, langkah DAP memperkenalkan calon muda haruslah dipandang positif. Rakyat semakin matang dan terbuka. Bukan tiada dari kalangan orang BN Sarawak yang muda-muda dan layak dipertimbangkan sebagai calon pada PRN Sarawak nanti. ADUN-ADUN yang sudah "berpenggal-penggal" dan tidak menunjukkan prestasi yang baik, eloklah direhatkan. 



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 komen:

Catat Ulasan

Item Reviewed: Nasib Papa Jambu Duduk Dalam, Kalau Tak .... Rating: 5 Reviewed By: Save Selangor