728x90 AdSpace

­
Selangor
26 Jun 2015

Realiti Atau Fantasi "BN Boleh Tawan Semula Selangor"


Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor yakin Selangor akan kembali diambil alih oleh BN pada PRU14 akan datang.

Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, 
melihat kepada senario politik di negeri itu yang kini berdepan pelbagai krisis dalam gabungan pakatan pembangkang, peluang kini amat cerah dan tidak mustahil berpihak kepada BN.

"Mubarak Selangor telah menyatakan kepada Umno Selangor bahawa kita akan bantu dalam kempen PRU14 nanti dan telah menyediakan jentera yang kuat di peringkat negeri dan semua bahagian untuk menakluki majoriti kerusi yang dipertanding," katanya ketika ditemui Bernama hari ini. 

[Klik Sini] untuk berita penuh

Krisis pembangkang di Selangor bukanlah 'tanda aras' untuk BN boleh duduk goyang kaki hanya menunggu paluan perang PRU 14 dipalu. BN perlu terus bekerja untuk rakyat Selangor dan menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara komponen BN. Telah terbukti sebelum ini, kerjasama yang goyah antara komponen BN dalam menjuarai isu ataupun menghadapi pilihanraya menyebabkan BN kerugian dari aspek gerak kerja.

Pimpinan BN Selangor khasnya UMNO tidak perlu terlalu fokus pada permasalahan PM dan Tun M. Fokus dahulu permasalahan dalaman Cawangan atau Bahagian masing-masing. Itu yang lebih penting supaya tiada masalah "gunting dalam lipatan" berbuah dua kali.

Dan akhirnya, muhasabah diri. Perangai sombong, angkuh, berlagak dan meninggi diri hendaklah dibuang jauh-jauh. In sha Allah BN Boleh Tawan Semula Selangor.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 komen:

Catat Ulasan

Item Reviewed: Realiti Atau Fantasi "BN Boleh Tawan Semula Selangor" Rating: 5 Reviewed By: Save Selangor