Ekoran daripada tindakan kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya PKNS mengambilalih hutang syarikat TALAM yang bernilai RM 391 juta menyebabkan ada di kalangan rakyat Selangor tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut. Perasaan tidak puas hati ini membuatkan seramai lebih kurang 100 orang penduduk dari Kampung Baru Subang dan Rumah Pangsa Fasa 2, Bandar Baru Sungai Buloh berhimpun secara aman di hadapan pintu utama Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Seksyen 13, Shah Alam.
Kumpulan ini menuntut agar PKNS mengambil alih hutang pembelian rumah dan seterusnya menyerahkan rumah kediaman tersebut kepada mereka.
PAKATAN HARAM MENDAKWA MEREKALAH PEJUANG RAKYAT DAN KEBAJIKAN RAKYAT,
TAPI KENAPA
"KEBAJIKAN KRONI DIUTAMAKAN, RAKYAT MISKIN DIANAKTIRIKAN. "
0 komen:
Catat Ulasan