728x90 AdSpace

­
Selangor
2 November 2012

ABUYA IDOLA BADRUL AMIN ???






Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggagalkan satu perhimpunan ajaran sesat, yang disyaki 'Aurad Muhammadiah' dan cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di Bandar Country Homes di sini, malam tadi.

Perhimpunan itu, yang dinamakan Majlis Kenduri Mega dan Doa Selamat, melanggar Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Serbuan Jais dibuat kira-kira jam 10.30 malam dan beberapa ahli jawatankuasa majlis ditahan bagi membantu siasatan.

Majlis Ulang Tahun ke-12 Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) sempena Milad Abuya Syeikh Imam Muhammad AtTamimi itu dihadiri hampir 3,500 orang. Awalnya dijangkakan hampir 5,000 orang akan hadir.

Sinar Harian difahamkan, serbuan yang diketuai Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Unit Dasar Penyelewengan Jais, Sharom Maarof itu diadakan kerana ada cubaan untuk menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam, berdasarkan sambutan tersebut yang diadakan bagi memperingati pengasasnya Allahyarham Ashaari Muhammad.

Difahamkan, lebih 20 orang tetamu termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Baharon ditahan untuk diambil keterangan dan membantu siasatan.

Seorang timbalan pengarah perhimpunan, yang dikenali sebagai Nawawi, ketika disoal siasat pegawai penguat kuasa Jais berkata, perhimpunan diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Ashaari Muhammad bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib".

Nawawi berkata mereka hanya mengadakan kenduri mega dan majlis doa selamat.

Berlaku sedikit kekecohan antara pengikut ajaran dengan anggota penguat kuasa Jais kerana enggan mengikut arahan membantu siasatan.

Penganjur turut menurunkan kain rentang serta acara dihentikan serta-merta ekoran serbuan yang diadakan.

Serbuan malam tadi turut mendapat kerjasama pihak polis.

Al-Arqam merupakan gerakan agama yang diasaskan oleh Ashaari.

Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Gerakan itu diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Ashaari meninggal dunia pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru.

Sinar Harian Online




APA KEJADAHNYA BADRUL AMIN HADIR KE MAJLIS INI YANG DIA SENDIRI TAHU AJARAN AL-ARQAM NI DIISTIHARKAN SESAT. 

ATAU BADRUL AMIN SENDIRI MEMANG DAH SESAT. 

PATUTLA DIA BAGI KAUNSELING DEKAT BINI ORANG PUKUL 3 PAGI DALAM HOTEL. MUNGKIN SALAH SATU AJARAN AL-ARQAM.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 komen:

Catat Ulasan

Item Reviewed: ABUYA IDOLA BADRUL AMIN ??? Rating: 5 Reviewed By: Save Selangor