Thursday 1, May 2025

728x90 AdSpace

­
Selangor
5 Julai 2015

Save Selangor Bila Spesis Azwan Ali Berbicara, Busuknya Tidak Terkata


Ketukan keyboard Abdul Aziz Isa di dalam Facebook menampakkan bahawa beliau amat-amat terdesak untuk mencari populariti murahan. Dengan menggunakan bahasa yang kesat beliau dengan angkuhnya cuba melaga-lagakan hubungan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Adakah dengan mengeluarkan isu sebegitu, populariti Aziz Isa meningkat di mata masyarakat bumiputra. Aziz Isa ingat semua orang berfikiran komunis seperti dia. Agak memalukan bagi orang Bumiputra Sarawak berperangai seperti Aziz Isa. Bumiputra Sarawak dikenali sebagai satu bangsa yang mementingkan perpaduan, kesejahteraan dan keamanan. Sebab itu YAB PM telahpun mengistiharkan 1Malaysia asalnya daripada Sarawak.

Sepatutnya Aziz Isa menyelesaikan dahulu barisan kepimpinan DAP Sarawak. Pengerusi DAP Sarawak sendiri telahpun mengatakan bahawa sekiranya DAP menang besar dan membentuk kerajaan, Ketua Menteri Sarawak adalah dari kalangan bangsa Iban. Setakat ini tidak nampakpun usaha ke arah mencari Ketua Menteri Iban. Yang ada hanya barisan mata sepet yang menguasai DAP Sarawak.

Mari kita baca apa yang ditulis oleh Aziz Isa


Persetankan Malaya. Kenapa Sabah dan Sarawak nak kecoh tentang Malaya?

Malaya tak ada air, kecoh dalam akhbar. Orang Sabah dan Sarawak pun sibuk kecoh sama. Sabah dan Sarawak tak ada air, ada Malaya kecoh?

Malaya tak ada elektrik, kecoh dalam akhbar. Orang Sabah dan Sarawak pun sibuk kecoh sama. Sabah dan Sarawak tak ada elektrik, ada Malaya kecoh?

Malaya jalan tidak berturap, kecoh dalam akhbar. Orang Sabah dan Sarawak pun sibuk kecoh sama. Sabah dan Sarawak tak ada air, ada Malaya kecoh?

Malaya masuk parti itu, masuk parti ini, kecoh dalam akhbar. Orang Sabah dan Sarawak pun sibuk kecoh sama. Sabah dan Sarawak masuk parti itu, masuk parti ini, ada Malaya kecoh?

Malaya tuntut penjelasan 1MDB dan GST, kecoh dalam akhbar. Orang Sabah dan Sarawak pun sibuk kecoh sama. Penjaja Melayu ditindas, isu zakat Islam, isu tanah adat Dayak, isu IC Sabah, isu penyelewengan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak, ada Malaya kecoh?

Hakikatnya, Malaya hanya kecoh pasal Sabah dan Sarawak jika mereka sudah terdesak dan apabila mereka sudah hampir lemas, baru Malaya sibuk nak datang ke Sabah dan Sarawak ambil tahu masalah kita dan buat liputan tentang kita. Itu pun bila menjelang pilihanraya.

Apa nak bising? Anak muda Malaya kan hebat, kita dari Sabah dan Sarawak ini macam semut saja. Tak ada kepentingan kepada Malaya. Publisiti besar diberikan kepada Malaya manakala kita di Sabah dan Sarawak ini ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Mereka hanya tahu sedut minyak kita, sedut gas kita dan sedut duit kita, yang mereka bagi pada kita hanya sampah politik! Persetankan mereka! Sabah dan Sarawak harus bangkit menentang ketidakadilan ini!

Ini baru betul-betul UBAH!!! Selamat Berbuka Puasa.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 komen:

Catat Ulasan

Item Reviewed: Bila Spesis Azwan Ali Berbicara, Busuknya Tidak Terkata Rating: 5 Reviewed By: Save Selangor