Tiap kali hadir bulan yang sungguh mulia menjengah ummah islam setiap tahun, Ramadhan Kareem, Ramadhan Al Mubarak, pasti jiwa kita akan terasa mahu membersihkan rohani dalaman dengan melakukan semua kebaikan sebagai hambal Allah swt !
Pada bulan ini semua umat islam akan merebut peluang untuk mengerjakan ibadah sebaik mungkin dan sudah pasti mahu melaksanakan Hablum Minnallah dan juga Hablum Minnanas... buat semua yang baik baik demi hubungan manusia dengan Allah dan juga hubungan baik manusia sesama manusia....
Bulan yang penuh keberkatan, ganjaran istimewa kepada yang menunaikannya. Bukan sahaja soal ibadah yang merangkumi berpuasa, berjemaah taraweh, bertadarus, berqiamulai, berzakat tetapi umat islam juga digalakan bersedekah membantu umat yang lain dibulan yang mulia ini. Begitulah indahnya nikmat bulan Ramadhan yang hadir setahun sekali.
Mengambil berkat dan semangat bulan yang penuh kemuliaan ini, alangkah indahnya jika sebarang kemelut, persengketaan, perbalahan akan menemui jalan penyelesaian dan berakhir dengan perdamaian...!!
Bulan yang mulia ini kita biasa dengar kisah krisis famili berjaya menemui perdamaian demi rasa kasih sayang kekeluargaan. Kita juga pernah menyaksikan perbalahan sesama sahabat juga berjaya diselesaikan dibulan yang mulia ini... Asalkan ada keinsafan dan menjunjung tinggi nilai siratulrahim sesama sendiri.
Begitulah juga dengan kisah krisis Datuk Sri Najib dengan Tun Dr Mahathir. Besarlah harapan umat islam dalam negara kita ini khususnya yang menjadi ahli UMNO mahukan perdamaian diantara mereka berdua. Damailah hendaknya ! "Ya Allah kau satukanlah hati hati kedua dua pemimpin kami ini, dan kau padamkanlah api kebencian dan kemarahan sesama mereka... AMIN".
Janganlah ada diantara kita mahu menjadi bahan api membakar dan terus mahu menyalakan api perbalahan diantara Najib dengan Tun Dr M. Hentikanlah... Sudah-sudahlah ! Cukuplah.....
Negara kita perlu dibangunkan agar terus maju, banyak masalah rakyat perlu kita selesaikan. Janganlah nanti kesudahannya kita akan menyaksikan apa yang disebut oleh peribahasa yang berbunyi "Menang Sorak Kampung Tergadai".
Ayuhlah, kepada mana mana pihak yang berkaitan dan punyai kedudukan yang baik untuk menjadikan faktor perdamaian ini satu realiti, maka jadikanlah. Doa kita dan usaha kita kearah menjadi semuanya yang baik baik belaka.
Sewaktu program Majlis Penerangan Perdana yang diadakan di PWTC pada 14 Jun 2015, respon yang diberikan oleh peserta ketika itu mereka dengan tegas mahukan Najib berjumpa dengan Tun Dr M bagi menyelesaikan apa sahaja kemelut diantara mereka berdua. YAB Presiden UMNO menyatakan beliau bersetuju....
- Blog MIK
Bukan Ramadhan bulan yang mulia, penuh keberkatan, penuh kemuliaan, penuh keinsafan. Damailah wahai ummah !
0 komen:
Catat Ulasan