Kepada warga Sg Limau
Hari ini penentuan untuk nasib anak watan di Sg Limau di hari-hari mendatang. Pilihan di tangan anda. Tidak dinafikan DUN Sg Limau adalah kubu kuat parti PAS semenjak 5 penggal yang lepas.
Semenjak BN mengambilalih pemerintahan negeri Kedah dari PAS dan Dato Paduka Hj Mukriz Mahathir menerajui pentadbiran negeri Kedah, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan negeri untuk memperjuangkan ekonomi dan sosial warga Kedah. Pelabur-pelabur samada dari dalam dan luar negara dijemput untuk melabur dalam pelbagai sektor di negeri Kedah seperti mana dahulu kala. Bila kita imbas kembali sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan PAS sebelum ini, kerajaan ini hanya diselubungi dengan percanggahan sesama mereka dalam merebut kuasa tanpa menghiraukan rakyat yang mengundi mereka.
Sememangnya kalah atau menang Pilihanraya Kecil ini kepada parti-parti yang bertanding tidak akan mengubah pemerintahan di negeri Kedah. Namun begitu sokongan daripada majoriti rakyat Kedah diperlukan oleh Dato Paduka Mukhriz Mahathir untuk membawa Kedah ke arah negeri yang semakin maju.
Berani Berhijrah untuk warisan kita yang mendatang .
0 komen:
Catat Ulasan