Saya
telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada
1.30pm tadi untuk memaklumkan kepada baginda bahawa Parlimen telah pun dibubarkan
oleh YAB Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.
Setelah
berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan
untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok 4 April
2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang.
Acara
pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja.
YAB
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’
MENTERI BESAR SELANGOR
3
APRIL 2013
0 komen:
Catat Ulasan