Hari ini kita dikejutkan dengan perginya seorang Pahlawan Negara, Temenggung Datuk Kanang anak Langkau. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.45 pagi di Hospital Umum Sarawak. Takziah untuk keluarga mendiang.
Mendiang, bekas Pegawai Waran Pertama (R) di anugerahi dengan bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), Panglima Gagah Berani (PGB) dan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) adalah seorang wira Malaysia sebenar dan askar dari komuniti Dayak Iban di Sarawak.
Beliau telah berkhidmat di Royal Ranger Rejimen dan Sarjan Major Rejimen 8 Renjer Tentera Malaysia sebelum dianugerahkan dengan PGB dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SPGP) pingat dari Yang Di Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada Jun, 03hb 1981.
Dilahirkan di Julau, Sarawak pada tahun 1945, Kanang menyertai perkhidmatan (Sarawak Rangers) sebagai Iban Tracker pada April 21, 1962 dan telah diserap ke Rangers Malaysia apabila pengwujudan Malaysia diisytiharkan pada September 16hb, 1963 dan meninggalkan perkhidmatan selepas 21 tahun perkhidmatan sebagai Pegawai Waran Pertama.
Salah satu daripada kisah keberanian Mendiang Kanang yang paling terkenal adalah semasa konfrontasi dengan komunis di Tanah Hitam, Perak pada Februari 8hb, 1980 berikutan kematian seoran tentera Malaysia.
Unit Perisikan Platun 8 Batalion Royal Rangers yang di ketuai Mendiang di arah untuk mencari dan memusnahkan kumpulan komunis dan hanya selepas 11 hari (15:00 pada Febuari 19hb, 1980) mereka berjaya menjejaki musuh namun malangnya, mereka diserang hendap oleh komunis menunggu .
Mendiang terkena tiga tembakan yang saah satunya merobek bahagian perutnya sehingga terkeluar tali perut beliau, namun beliau masih gagah melaungkan laungan perjuangan, "Agi Idup Agi Ngelaban!" (Dalam Iban yang bermaksud "Selagi saya hidup, saya akan berjuang!") dan ini menaikkan semangat rakan pasukannya yang bertindak balas berjaya membunuh semua komunis itu.
Pada September 24,hb 2011 Mediang dianugerahkan dengan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang '(PGBK) dengan gelaran Datuk oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Hari Ulang Tahun Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak yang ke 90.
Dalam kita bersedih dengan kehilangan seorang perwira negara, ada juga MANUSIA LAHANAT yang tidak tahu erti berterima kasih dan bersyukur di atas pengorbanan mendiang terhadap negara sebelum ini. Tidak terdetikkah dihati mereka bagaimana perasaan keluarga mendiang bilamana melihat KOMEN-KOMEN seperti dibawah
Terima Kasih saudara Rashid Zambri
"AGI IDUP AGI NGELABAN"
INILAH SIKAP PENYOKONG PEMBANGKANG DI MALAYSIA. BOLEHKAH SIKAP INI DITERIMA OLEH KESELURUHAN MASYARAKAT MALAYSIA ?
"AGI IDUP AGI NGELABAN"
"KEAMANAN NEGARA ADALAH AGENDA YANG PALING UTAMA, JANGAN SUKA MENGAMBIL JALAN PINTAS KE ATAS APA-APA TUGAS KERANA IANYA PASTI TIDAK AKAN SEMPURNA & YANG PENTING SEKALI, TIADA KEPUASAN HATI AKAN TUGAS YANG TELAH KAMU LAKUKAN." - KANANG ANAK LANGKAU
0 komen:
Catat Ulasan