Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, ... tanda-tanda orang munafik itu terjadi dalam tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberi amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Penulis kali ini mahu bercerita mengenai soal munafik. Dalam bahasa lebih mudah munafik juga bererti cakap tak serupa bikin, berbohong atau juga ‘double standard’ dan lain-lain yang seerti dengannya.
Jika dalam sesama manusia, orang jenis ini tidak boleh dipercayai sama sekali. Orang kata macam ular. Jika dalam organisasi, ia adalah organisasi putar belit dan lebih teruk daripada memakan riba. Jika ia adalah pertubuhan siasah atau politik, pertubuhan seperti ini kita harus dan wajib menghindarinya.
Memang benar ketika BN perintah, terbinanya kilang arak di sebuah daerah dikenali sebagai Shah Alam dan sebuah lagi di daerah Petaling Jaya.
Pelbagai celaan dilontarkan kepada negeri itu oleh puak yang mengakui alim (PAS). Semuanya buruk, jahat, jelek dan bodoh. Negeri itu dicerca secerca-cercanya.
Lebih menarik, cerita kilang arak itu juga dijadikan modal kempen pilihanraya ke 12 (PRU-12) oleh YB Khalid Samad dalam ceremah-ceramahnya.
Hiburan-hiburan yang mahu diadakan di Selangor itu ditentang habis-habisan. Puak-puak yang mengaku alim (PAS) itu akan mengadakan tunjuk perasaan melalui persatuan-persatuan mahasiswa Islam. Berteriaklah mereka secara bertakbir demi takbir (slogan Pas) secara bergema-gema.
Namun ketika BN perintah, Shah Alam bebas daripada hiburan, tiada panggung wayang, tiada tulisan selain tulisan Melayu sahaja di papan-papan tanda kedai, nama-nama jalan ditulis dalam tulisan Arab berbunyi Melayu atau jawi, yang satu waktu dulu mahu dipadam oleh DAP di Bukit Bintang.
Oleh itu kerajaan dulu (BN) tidak membenarkan nite club, tiada rumah-rumah urut, tiada hotel-hotel bajet yang banyak. Tiada juga panggung-panggung wayang di Shah Alam.
Dipendekkan cerita kerana menganggap pemerintahan dulu sebagai buruk, jahat, jelek, bodoh maka jatuhlah pemerintahan Melayu (UMNO) tidak alim itu. Rakyat Selangor mengenyahkan kerajaan itu kerana menganggap parti siasah yang lebih alim (PAS) layak memerintah. Dengan harapan Selangor akan menjadi lebih Islamik di bawah perintah Pakatan Rakyat.
Namun hari ini sebaliknya yang berlaku, rumah-rumah urut tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Shah Alam. Dan yang terbaru, sebuah lagi rumah urut telah beroperasi tanpa gangguan di Seksyen 15 berhampiran Dataran Automobil.
Lebih menarik, lokasi rumah urut itu hanya berjarak 2km dari pejabat pentadbiran negeri Selangor (SUK).
Jika dulu Shah Alam tidak banyak hotel-hotel bajet, sekarang boleh kira jumlahnya dalam tempoh empat tahun ini. Jika dulu jarang-jarang kita dengar rumah-rumah urut di Shah Alam, kini mengapa bersepah-sepah?
Penulis tidak taksub. Penulis pun tidak bantah hiburan. Tapi mana perginya puak-puak yang suka sangat membuat demonstrasi membantah benda-benda mungkar seperti itu semasa kerajaan Melayu tidak alim dulu?
Jika dulu Shah alam hanya suka dihuni oleh orang Melayu saja dan nilai tanahnya terlalu murah kerana spekulator hartanah bukan Melayu mengatakan "itu tempat Melayu", namun, mengapa kini tiba-tiba naik mendadak?
Mengapa kondo-kondo mewah rancak didirikan yang harganya sukar dibeli oleh orang Melayu? Penulis mahu tanya siapa yang akan membelinya?
Mengapa mahu dipecah komposisi orang Melayu di Shah Alam? Apakah ini kerja Exco yang menjaga perbandarannya? Oh patutlah, dulu portfolio Exco itu dipegang oleh orang Melayu, kini ia dipegang oleh DAP, Ronnie Liu.
Amat sedih sekali puak-puak alim yang menuduh pemerintah dulu tidak alim, taghut dan sebagainya, kini apabila berkuasa dan diberi amanah, hanya berdiam diri? Hanya buat tak tahu?
Mengapa berdiam diri apabila melihat terlalu banyak kemaksiatan dan ketidakbetulan yang berlaku di hadapan mata dalam pemerintahan ente-ente ini sekalian?
Bukan niat penulis untuk memburukkan YB Khalid Samad, wakil rakyat kesayangan orang Shah Alam? Cuma membangkitkan persoalan dan menuntut penjelasan akan janji-janji beliau ketika kempen pilihanraya 12 (PRU-12) pada 2008.
Pada awalnya penulis tidak percaya, namun kecewa apabila mengetahui, sebaik sahaja YB Khalid Samad menang sebagai wakil rakyat di Shah Alam, beliau telah bertindak maraikan kemenangan itu di Gereja Divine Mercy, Glenmarie dengan bantuan Father Paulino yang juga ahli jawatankuasa gereja tersebut.
Bukankah sepatutnya YB Khalid Samad harus maraikan bersama kita, pengundi Islam yang juga majoriti pengundi di Shah Alam? Sebaliknya, YB Khalid Samad memilih untuk meraikan bersama penganut Kristian yang penulis yakini bukan semua orang Shah Alam.
Jika pembaca meragui penulis, sila layari laman youtube di sini untuk melihat video ucapan YB Khalid Samad di Gereja Divine Mercy pada Mac 2008:
TERIMA KASIH BRO DEEN NGAH DI ATAS KUPASAN YANG AMAT-AMAT MENARIK.
0 komen:
Catat Ulasan