Sambutan Ambang Hijrah dan Pelancaran Sambutan Maal Hijrah 1434 peringkat negeri Selangor telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam di Masjid Negeri, Seksyen 14, Shah Alam. Antara penerima anugerah Maal Hijrah peringkat negeri Selangor adalah :-
- Tokoh Maal Hijrah - Dato Haji Johdi b Hj Toha (Hakim Syarie)
- Tokoh Saudara Kita - Prof Dr. Taufiq Yap Yun Hin
- Tokoh Keluarga Mithali - Pasangan Ir Hj Mohd Yaakob b Zakaria & Hajah Rusnah bt Jamali
- Tokoh Aktivis Masyarakat - Hj Harun b Hassan
- Anugerah Badan Dakwah Sukarela Terbaik - Pertubuhan Kebajikan Islam (PRKIM) Bahagian Negeri Selangor
Dalam titah DYMM Sultan, baginda telah mengingatkan agar ahli politik di Selangor supaya tidak menyalahgunakan agama sebagai modal politik mereka. Ini kerana apabila agama dan politik dicampurkan, ianya akan mengelirukan rakyat.
Baginda turut bertitah agar umat Islam berwaspada dan tidak terpengaruh dengan dakyah liberalisme dan pluralisme yang mana boleh menjejaskan akidah umat Islam.
Baginda turut bertitah agar umat Islam berwaspada dan tidak terpengaruh dengan dakyah liberalisme dan pluralisme yang mana boleh menjejaskan akidah umat Islam.
Turut hadir pada sambutan ini adalah TS Khalid Ibrahim, MB Selangor, Dato Khusrin Munawi, SUK Selangor, Dato Marzuki bin Husin, Pengarah JAIS dan Dato Mohd Tamyis, Mufti Selangor.
SULTAN SELANGOR DAH SOUND CUKUP JELAS TU. SUDAH DIPERINGATKAN BAGINDA BERKALI-KALI, MASJID DAN SURAU DI SELANGOR DIHARAMKAN DIJADIKAN MEDAN BERPOLITIK. MASIH ADA LAGI YANG BINGAI JEMPUT RAJA PLURALISME BAGI TAZKIRAH DI MASJID DAN SURAU DI NEGERI SELANGOR.
0 komen:
Catat Ulasan