728x90 AdSpace

­
Selangor
12 November 2012

KHALID SAMAD MASIH TAK SEDAR ATAU BUAT-BUAT TAK SEDAR



SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad tidak nampak adanya ruang Pas dan Umno boleh bergabung untuk menyatupadukan Melayu dan Islam sekiranya parti teras Barisan Nasional (BN) itu kekal dengan caranya yang mementingkan kroni dan menindas rakyat.

Beliau juga menafikan kajian yang dirujuk oleh bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha bahawa 70 peratus rakyat Selangor sokong Pas Umno bergabung sebagai fakta yang tepat.

Ini menurut beliau, Umnolah sebenarnya yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam di negara ini.

“Kita pertikaikan dari mana dia dapat angka 70 peratus itu? Tetapi hakikatnya, orang Islam, Melayu berpecah selama Umno-Barisan Nasional memerintah.

“Nak capai itu macam mana? Umno dengan cara dia. Dengan duit. Dengan adanya kroni-kroni yang jadi jutawan, maka orang Melayu akan bergantung kepada mereka, maka orang Melayu bersatu? Gagal, 55 tahun," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.

Norman sebelum ini berkata, satu kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu kedua parti itu mengetepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga.

“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya pada satu sidang media selepas mengadakan wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di ibu negara kelmarin.

Wacana yang menurut Norman dianjurkan atas inisiatif ahli Pas yang mahu rungutan mereka diberi perhatian berjaya mencapai 11 resolusi.

Antaranya Pas mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam dan agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi agendanya sebagai sebuah parti politik.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakyat harus memberi peluang kepada Pas untuk menerajui tampuk pemerintahan sekiranya mahu umat Melayu Islam di negara ini bersatu.

baca selanjutnya di Sinar Harian Online

APAKAH KHALID SAMAD TIDAK SEDAR BERAPA JUMLAH KERUSI YANG DITANDINGI PAS PADA PILIHANRAYA SEBELUM INI ? KALAU KHALID SAMAD KATA PAS MELAWAN HANYA DI KAWASAN UMNO SAHAJA, PKR MACAM MANA PULA. NAK KE PKR BAGI KERUSI DIA DENGAN PAS UNTUK JADIKAN PAS PEMERINTAH.

SEDARLAH KHALID SAMAD OIIII..PAS BUKAN DOMINAN DALAM PAKATAN RAKYAT. PAS AKAN TERUS JADI PAK ANGGUK SAHAJA.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 komen:

Catat Ulasan

Item Reviewed: KHALID SAMAD MASIH TAK SEDAR ATAU BUAT-BUAT TAK SEDAR Rating: 5 Reviewed By: Save Selangor