728x90 AdSpace

­
Selangor
29 Oktober 2012

SELEPAS MUFLISKAN SELANGOR, SABAH PULA NAK DIJADIKAN MANGSA MEREKA




Tidak cukup dengan kekayaan negeri Selangor dirompak bagaikan Kasim Baba merompak harta rompakan Ketua Penyamun dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, Pakatan Rakyat dengan dikepalai oleh Bro Anwar Bin Ibrahim kini cuba untuk menyamun Sabah pula. Mereka yang kini kita ketahui bermewah-mewah dengan kereta baru, bas baru dan Jet baru sudah terpesona dengan kewewahan. Dek kerana keborosan mereka membelanjakan wang negeri Selangor untuk kepentingan diri, mereka perlu mencari satu lagi lobang untuk meneruskan kehidupan mewah mereka.




Sabah yang diketahui mewah dengan hasil bumi serta minyak menjadi target seterusnya. Racun yang ditusuk kepada pemimpin Sabah seperti Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing diharap mampu mempengaruhi rakyat Sabah untuk menyokong perjuangan yang tak kemana mereka.

Untuk menawan Putrajaya, Anwar Ibrahim sendiri sedar memang mereka tiada harapan dan amat-amat mustahil. Dengan populariti Najib semakin meningkat, hanya Sabah sahaja harapan untuk ditawan.

Arahan Anwar, walau macam mana sekalipun Sabah harus ditakluk pada PRU13. Selangor dah kehabisan aset untuk dijual. Hanya dengan memenangi Sabah sahaja mereka boleh meneruskan kehidupan mewah mereka. 

PERSOALAN :-

ADAKAH RAKYAT SABAH BOLEH BERGANTUNG HARAP DENGAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MEMBELA NASIB MEREKA ?

DENGAN KECELARUAN DI NEGERI-NEGERI YANG DITADBIR MEREKA DAN ISU-ISU SETEMPAT YANG TERLALU LAMBAT NAK DISELESAIKAN, ADAKAH RAKYAT SABAH SANGGUP MENYERAHKAN NASIB MEREKA KEPADA PAKATAN RAKYAT ?
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 komen:

Catat Ulasan

Item Reviewed: SELEPAS MUFLISKAN SELANGOR, SABAH PULA NAK DIJADIKAN MANGSA MEREKA Rating: 5 Reviewed By: Save Selangor