Barisan Nasional Selangor merancang menganjurkan sambutan besar-besaran kedatangan tahun baru 2013 di bawah naungan "Sayangi Selangor, Yakini BN" di taman tema I-City di Seksyen 7 di sini pada 31 Dis, kata Koordinatornya, Datuk Seri Md Zin Mohamed.Beliau berkata acara itu bertujuan menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN di Selangor yang semakin bertambah dan komitmen berterusan BN bagi pembangunan negeri ini."Pada majlis sambutan tahun baru yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lepas, kita menarik lebih daripada 150,000 orang.Pada majlis rumah terbuka Hari Raya BN Selangor di Sungai Buloh baru-baru ini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lebih daripada 300,000 orang datang."Malah kami berharap sambutan kedatangan tahun baru anjuran BN Selangor di I-City tahun ini akan menjadi acara lebih besar," katanya selepas melawat tarikan pelancong terbaharu I-City di sini, hari ini.Md Zin, Anggota Parlimen Sepang yang mengetuai gerakan bersama-sama pemimpin BN yang lain untuk menawan semula Selangor daripada pakatan pembangkang, berkata maklum balas dan sokongan rakyat di Selangor semakin meningkat terutama sejak dua tahun kebelakangan ini."Kita tahu di mana kita buat kesilapan pada masa lepas dan kini berada di sini untuk membetulkan kesilapan itu dan berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik," katanya kepada Bernama.Md Zin berkata pusat khidmat BN Selangor dikenali sebagai PAKAR (Pusat Khidmat Rakyat) menjadi satu sumber yang baik bagi rujukan atau ukuran mengenai sokongan rakyat."Pusat khidmat kita, yang dikendali 20 orang, menerima 300 panggilan sehari dan ia memberi satu petanda yang boleh dipercayai mengenai masalah-masalah yang dihadapi rakyat di Selangor dan kelemahan kerajaan negeri sekarang."Ia juga memberi peluang kepada kami untuk mendekati rakyat dan ini sudah pasti sangat menggalakkan bagi BN Selangor," katanya.Mengenai pembangunan I-City sebagai satu tarikan pelancong terkenal dalam kawasan Greater Kuala Lumpur, Md Zin berkata pertumbuhannya dirancang sejak lama dahulu semasa BN memerintah Selangor.Beliau berkata kerajaan negeri BN yang mendesak untuk status Koridor Raya Multimedia (MSC) I-City dan ini membantu lokasi itu untuk mempunyai satu daripada kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di negara ini dengan 110MBps.Datuk Eu Hong Chew, ketua pegawai eksekutif I-Berhad, syarikat induk I-City, berkata status MSC membantu menarik syarikat-syarikat ICT terkemuka untuk beroperasi di lokasi itu.Md Zin berkata kerajaan BN juga memainkan peranan penting dalam meluluskan pelbagai pembangunan infrastruktur bagi I-City termasuk akses lebih baik melalui satu jejambat dari Lebuhraya Persekutuan, yang akan siap tahun depan.Beliau berkata dengan kemudahan yang lebih baik itu ia akan membantu I-City muncul sebagai tempat tarikan pelancong yang utama memandangkan pada masa ini, ia menerima kunjungan 90,000 pelawat setiap minggu untuk melihat tarikan seperti pencahayaan digital dan 'snow walk'.Mulai bulan depan, I-City, yang diilhamkan pengerusi eksekutif kumpulan I-Berhad Tan Sri Lim Kim Hong, akan menampilkan tarikan terbaharu 'Tornado Ride' yang direka di Kanada, yang disebut-sebut sebagai yang pertama di Asia Tenggara, di WaterWorld yang menelan belanja RM25 juta. Ia juga akan membuka Muzium Seni Helah bagi mereka yang gemar bergambar berlatar belakang kawasan yang direka dengan sebegitu kreatif. - Bernama
sent from Samsung Galaxy Note
0 komen:
Catat Ulasan