KUALA LUMPUR 15 Okt. - Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM37.63 juta pada 2010. Syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu dilaporkan mengalami peningkatan kerugian sebelum cukai sebanyak 198.1 peratus berbanding RM12.62 juta pada 2009.
Menurut laporan itu, pendapatan PIYSB pada tahun 2008, 2009 dan 2010 masing-masing berjumlah RM91.41 juta, RM89.35 juta dan RM71.82 juta.“Penurunan itu disebabkan bilangan kemasukan pelajar berkurangan. “Perbelanjaan PIYSB sepanjang tempoh sama pula meningkat daripada RM83.53 juta pada 2008 kepada RM95.78 juta pada 2009 dan RM102.87 juta pada 2010," jelas laporan itu. Laporan berkenaan turut menyatakan liabiliti syarikat tersebut pada 2010 iaitu sebanyak RM439.17 juta meningkat berbanding RM381.58 juta pada 2009. - UTUSAN
sent from Samsung Galaxy Note
0 komen:
Catat Ulasan