Dua malam lepas kebetulan lalu di hadapan Markas PAS, Seksyen 5, Bandar Rinching, Semenyih terlihat perkumpulan manusia (adalah dalam 50 orang) sedang mendengar ceramah PAS. Akupun berhenti dan masuk ke dalam majlis tersebut. Kelihatan duduk di pentas adalah Ahli Parlimen Hulu Langat - Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen Kapar – Manikavasagam dan paling terkejut aku melihatnya Dato’ Fauzi Shaari – Mantan Pengarah JSJ, Bukit Aman. Oleh kerana Dato’ Fauzi ni antara mantan pemimpin tertinggi Polis yang menyertai PAS, so akupun tunggu nak dengar apa yang dia hendak meroyan.
Dato’ Fauzi diberi keistimewaan menjadi penceramah terakhir dalam ceramah ini. Mula je si pengkhianat ni berceramah dia dengan bangganya mengatakan dirinya “Baru Memeluk Islam” selepas penyertaannya dalam PAS pada 20 Mei 2012. (Soalan : Dia ni kafir ke sebelum ini ?) Mangkuk ni jugak dengan riaknya mendakwa ramai bekas-bekas pegawai tinggi Polis termasuk yang berpangkat Komisionar menyokong perjuangan PAS tetapi belum bersedia mengakuinya secara terbuka. (Polis yang lain tak seperti ko, diorang bersyukur serta setia dengan pasukan Polis dan tidak sekali-kali mengkhianatinya). Perasaan menyampah mula melanda, akupun tinggalkan ceramah ini.
KEPADA BEKAS-BEKAS POLIS MAHUPUN UNIT BERUNIFORM YANG LAIN (TENTERA, KASTAM, IMIGRESEN, JPJ, MARITIM DAN SEBAGAINYA) JANGANLAH BERTINDAK SEPERTI DATO’ FAUZI . PEKERJAAN YANG SELAMA INI DUIT GAJINYA DIGUNAKAN UNTUK MEMBELI MAKANAN DAN PAKAIAN KEPADA ANAK ISTERI DIKUTUK BAGAIKAN SELAMA INI PEKERJAAN TERSEBUT TIDAK BERLAKU ADIL KEPADA DIA. BUKAN SEMUA ORANG AKAN DIBERI REZEKI KENAIKAN PANGKAT SEPERTI DATO’ FAUZI. ADA YANG SAMPAI PENCEN TIDAK SAMPAI KE PUNCAK KARIER TAPI MASIH BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG ALLAH S.W.T BERIKAN.
KEPADA DATO’ FAUZI ::::: “BILA NAK AJAK HADI AWANG DAN NIK AZIZ KARAOKE DI KLANG EXECUTIVE CLUB ”
SUMBER : MANTAN PEGAWAI KANAN PDRM
Masa ada kuasa dulu tidak gunakannya untuk membuat pembetulan jika terdapat kelemahan. Sebaliknya cuba sedaya mungkin jaga diri dan membodek untuk naik pangkat.
BalasPadamBila dah bersara, berkokok macam-macam. Malu aku dengan bekas pegawai macam ni. Tiada siapapun memaksanya berkhidmat sampai pencen. Jika dia merasakan bahawa selama dia bekerja penuh subahat kezaliman dan penginiayaan, maka dia yang sebenarnya merestuinya.
Mengapa menunding jari kepada orang lain?. Dalam kata lain dia sedar dan memahami bahawa dia sengaja bersubahat menggunakan pendapatan yang haram bagi makan anak bini dan keperluan rumah tangganya.
Nasihat saya, oleh kerana dia telah sedar dan insaf, maka dia wajib buangkan semua simpanan, pencen, harta dsbnya. Demikian itu barulah dia bersih dari segala subahatnya selama ini.
Dia perlu bertaubat nasuha bahawa dia tidak akan mengulangi apa yang dia telah lakukan selama bertugas dengan PDRM selama ini hingga kepangkat dan anugerah yang diperolehinya sekarang (sehingga pencen).
Hairan juga ya.. seorang yang kononnya sebijak itu, mengambil masa yang agak lamanya bersubahat melakukan kezaliman sehingga pencen baru tersedar.
Dia kena mulakan hidup baru dengan meminta derma dari PAS atau sedekah orang yang bersimpati dengannya.