728x90 AdSpace

­
Selangor
1 Mei 2012

HOT NEWS : BERSIHNYA "PILIHANRAYA" DI SELANGOR

Ahli Kariah Masjid Fastabiqul Khairat, Batu Tiga, Shah Alam telah membuat satu laporan polis di IPD Shah Alam berkaitan penipuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Masjid semasa Mesyuarat Agung pemilihan Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2012 - 2015 yang diadakan pada 29 April 2012. Penipuan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :-


  1. Pendaftaran anak kariah dari Taman Batu Tiga telah meningkat dengan mendadak daripada lebih kurang 200 orang kepada 487 orang,
  2. Anak kariah daripada Taman Batu TIga ramai yang tidak dikenali oleh penduduk tempatan Taman Batu Tiga sendiri, telah hadir sama dalam mesyuarat itu,
  3. Sebelum pemilihan dibuat, wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Mohd Asri Yunus (mengaku bukan kakitangan JAIS tetapi Penceramah Bebas) telah membuat pemeriksaan terhadap peti-peti undi di bahagian belakang anak kariah dan didapati kosong. Kemudian kedudukan peti undi di ubah ke hadapan anak-anak kariah setelah dipertikaikan.
  4. Sebelum pengundiaan bermula, wakil dari JAIS bersendirian telah membuat pemeriksaan kali kedua ke atas peti-peti undi dan beliau mengesahkan peti-peti undi itu kosong. Walau bagaimanapun Tuan Haji Affandi bin Hamzah telah bangun dan pergi ke peti-peti undi untuk membuat pemeriksaan bagi mengesahkan peti-peti undi tersebut kosong. Tuan Haji Affandi meminta wakil JAIS membuka penutup peti-peti undi itu dan menunjukkan kepada anak kariah. Apa yang mengejutkan didapati terdapat kertas undi siap bertanda berada di dalam peti undi tersebut. Kertas Undi tersebut adalah untuk :-
    1. Jawatan Nazir sebanyak 58 Helai
    2. Jawatan Timbalan Nazir 1 Helai
    3. Jawatan Imam sebanyak 6 Helai
    4. Jawatan Bilal sebanyak 2 Helai








INIKAH YANG DIKATAKAN "BERSIH PILIHANRAYA". BARU PERINGKAT MASJID. BAYANGKAN KALAU MEREKA KOTAKAN KATA-KATA MEREKA AKAN MENGADAKAN PILIHANRAYA SENDIRI, TIDAK MENGIKUT TARIKH KERAJAAN PUSAT !!

28 APRIL 2012, MEREKA BERHIMPUN SAMBIL MELALAK INGINKAN PILIHANRAYA YANG BERSIH, SPR YANG BERSIH TETAPI SEHARI SELEPAS ITU APA YANG MEREKA BUAT ? MEMANG BETUL KATA TUN MAHATHIR, MELAYU MUDAH LUPA.

BERSIH 3.0 NEGARA BENCANA
PESERTA BERSIH PUNYA ANGKARA
PEMILIHAN AJK MASJID PUN GUNA TIPU DAYA
KALAU TADBIR NEGARA ENTAH APA CERITA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 komen:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. AJK Masjid sepatutnya di beri pada orang yg selalu mengimarahkan masjid i.e. selalu solat berjemaah, hadir majlis ilmu dan aktiviti di masjid. Bukannya kaki nombor ekor yang datang ke masjid hanya untuk AGM...

    BalasPadam
  3. Sila lihat sebahagian dari kisah sebenar http://www.youtube.com/watch?v=KmEQ__6-tXE&feature=g-upl

    BalasPadam

Item Reviewed: HOT NEWS : BERSIHNYA "PILIHANRAYA" DI SELANGOR Rating: 5 Reviewed By: Save Selangor