- Stadium yang terlalu kecil sehingga meresahkan pemain dia untuk bermain lebih baik kerana penyokong mereka terlampau ramai.
- Pengadil yang berat sebelah. Setakat kesalahan kecil kenapa perlu bagi kad kuning ? Kenapa tak diberi amaran sahaja. Moral pemain PR telah jatuh pasal diberikan kad kuning.
- Pengurus PR menyatakan peluang mereka menjaringkan gol dinafikan oleh pintu gol yang tidak mengikut spesifikasi sebenar antarabangsa. Dia akan membuat aduan kepada pihak FIFA untuk membatalkan kemenangan team BN.
15 Mei 2013
Al Kisah dalam satu liga bolasepak...
Team BN kini telah mengumpul 40 mata dan hanya memerlukan keputusan seri untuk menjuarai liga tersebut. Lawan yang paling rapat iaitu Team PR yang mengumpul 38 mata.
Maka tibalah waktu Perlawanan antara Team BN dan PR.Venue perlawanan adalah di Stadium PR. Penyokong PR yang hadir luar biasa pada perlawanan tersebut. Stadium tersebut hanya boleh memuatkan 25,000 orang tetapi yang hadir lebih kurang 30,000 orang. Penyokong mereka mengharapkan kemenangan team PR untuk menjuarai liga kali ini kerana mereka merasakan INI KALILAH tiba giliran team mereka menjuarai liga tersebut. Pengurus pasukan team PR juga sebelum ini telah mengistiharkan kemenangan mereka walaupun liga belum berakhir.
Perlawanan pun bermula. Pemain-pemain PR bermati-matian menyerang kubu team BN sehingga menggunakan kekerasan beberapa kali terhadap pemain team BN. Pengadil malam tersebut terpaksa mengeluarkan beberapa kad kuning terhadap pemain PR kerana menggunakan kekerasan terhadap pemain BN.
Peluang untuk menjaringkan gol tiba, setelah mengelecek pertahanan team BN, penyerang team PR mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Keadaan satu lawan satu antara penyerang team PR dan penjaga gol team BN. Penyerang PR tidak menunggu lama terus melepaskan tendangan dan............oh tidak bola terkena palang gol. Maka selamatlah pintu gol team BN.
Perlawanan pun tamat dengan keputusan seri. Team BN telah berjaya memenangi liga tersebut. Seperti kebiasaan sidang media telah diatur untuk pengurus BN dan pengurus PR.
Dalam sidang media tersebut, Pengurus BN menyatakan kesyukuran kerana telah berjaya membawa team BN menjuarai kemenangan liga kali ini. Dia turut memuji para pemainnya yang berusaha keras untuk memenangi kejuaraan liga.
Pengurus PR pula dalam keaadaan marah menafikan sekeras-kerasnya kemenangan team BN. Dia menyatakan bahawa kekalahan mereka kali ini adalah kerana
MEMANG BEBAL PENGURUS TEAM PR NI
Related Posts
- Blogger Comments
- Facebook Comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan